Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

KONSERT DISKORAMA!

Orkestra Melayu Singapura dan Various Artists

1 Jan 2025, Rabu, 8pm

1jam 30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Teater Esplanade

Beli tiket
not cache
Tentang Acara

Mulakan tahun baru dengan DISKORAMA!, sebuah konsert mempesonakan selama 90 minit yang akan memaparkan muzik disko rancak 70-an!

 

Mari berhibur bersama Orkestra Melayu Singapura dan artis-artis lain dengan lagu-lagu klasik disko, soul dan funk yang malar segar.

 

Konsert ini akan memaparkan penghibur ikonik setempat seperti Jatt Ali, yang mempunyai suara nyaring dan kehadiran pentas dinamik telah menambat hati peminat selama berdekad dan Alia D, yang dikenali dengan vokal hebat dan persembahan menarik.

 

Turut menjayakan konsert ini ialah Dato’ Francissca Peter, dengan suara lunak merdu yang telah menyanyikan lagu-lagu hit yang mentakrifkan era muzik Malaysia. Bintang-bintang baru seperti Izat Ibrahim, dengan lagu fusion R&B; Syaz Smooth, artis muda dengan suara menyayat hati dan berkarisma; dan pelakon-penyanyi Siti Khalijah, yang versatil dan mempunyai kehadiran pentas yang hebat dan telah meraih pengiktirafan akan turut tampil di konsert DISKORAMA! menjanjikan satu malam yang bertenaga dan menakjubkan.

Umur Kemasukan:
6 tahun ke atas.
Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tiket: Harga tidak termasuk bayaran tempahan ejen. Masukan ke tempat-tempat persembahan dibolehkan kepada penonton yang mempunyai tiket yang dibeli melalui ejen tikey yang sah sahaja. Baca tentang tiket atau periksa soal jawab (FAQ) kami.

Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.

Sila kekal berwaspada dengan ancaman penipuan pancingan data yang kian meningkat. Gunakan saluran tiket rasmi seperti Esplanade.com atau Sistic.com.sg dan periksa bahawa anda melayari laman web yang sah sebelum  anda log masuk untuk menempah tiket.
Tentang Artis

Orkestra Melayu Singapura

Ditubuhkan pada 1991, Orkestra Melayu Singapura memulihara dan mempromosikan muzik Melayu Singapura. Ia mengeratkan budaya, memupuk kecemerlangan dan memperkasakan masyarakat menerusi persembahan, pendidikan dan jangkauan, berkembang menjadi simbol kebanggaan dan perpaduan sambil memberi inspirasi kepada pemuzik masa depan.

Alia D

Alia mula kerjayanya di pertandingan Asia Bagus di sisi Kris Dayanti dan Sheik Haikel. Menjuarai pertandingan itu pada setiap minggu dan bulan berubah kehidupannya, di mana beliau mendapat perhatian ramai penerbit yang mengesan bakat berpotensinya dalam bidang nyanyian.

 

Alia ditawarkan perjanjian kontrak bersama sebuah syarikat rakaman dari Malaysia, Dragon Records, di mana beliau merakamkan single pertamanya, Positive Love, yang di ke udara di pelbagai stesen radio popular Malaysia.

 

Sepanjang kerjayanya membuat persembahan selama bertahun-tahun, Alia tidak dapat melupakan saat beliau berpeluang membuat persembahan bersama Coco Lee dan Anita Sarawak. Suara sensasi Alia diiringi dengan koreografi dan tarian menakjubkan telah membuat banyak band Singapura memintanya menjadi penyanyi utama mereka.

Dato’ Francissca Peter

Dato’ Francissca Peter, lebih dikenali sebagai Fran, adalah seorang ikon dalam bidang muzik Malaysia dengan kerjaya cemerlang selama 46 tahun. Dengan melebihi 20 lagu hit, 40 lagu yang menduduki carta, lima album platinum, dua cakera emas dan melebihi 30 album, Dato’ Francissca telah membina legasi kaya nama, Dato’ Francissca telah membina warisan yang kaya sebagai artis, komposer, penulis lirik dan penggaya vokal.

 

Di kalangan pencapaiannya, Dato’ Francissca telah diberikan tajuk "Anugerah Lagenda Muzik Malaysia” pada 2017 dan "Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat" bagi acara Anugerah Berita Harian Bintang Popular pada 2020. Beliau juga merupakan artis wanita pertama yang menerima Anugerah Bintang Popular pada tahun 1987 dan memegang gelaran "Vokalis Wanita Terbaik" untuk lima tahun berturut-turut.

 

Dikenali sebagai ‘Ratu Mengumpul Dana’ (Ikon Perpaduan), Dato’ Francissca telah mengumpul dana yang banyak melalui kerja sosialnya dan dinobatkan sebagai penerima "Anugerah Wanita Besi" daripada Kementerian Wanita, Keluarga Pembangunan Masyarakat. Seorang pelopor sejati, Dato’ Francissca terus inspirasi kepada generasi muda menerusi muzik, kedermawanan dan dedikasinya yang tidak berbelah bahagi kepada komuniti yang menaikkan semangat.

Izat Ibrahim

Izat Ibrahim adalah seorang penyanyi pop dan R&B Singapura yang terkenal dengan suara penuh jiwa dan gaya fesyen berani. Sejak 2014, beliau telah memikat peminat dengan trak lagu unik dalam bahasa Inggeris dan Melayu yang menggabungkan melodi halus dengan lirik menyayat hati. Muzik Izat juga sering menerokai tema perkembangan diri peribadi, daya tahan dan kuasa hubungan manusia. Persembahan secara langsung hebatnya telah dipaparkan dalam pertandingan nyanyian, SG Mania 2019 yang disiarkan di saluran Mediacorp Suria dan acara Pesta Raya Esplanade 2020 di dalam talian.

 

Dengan lagu-lagunya yang penuh emosi dan bunyi versatil, Izat terus berinteraksi dan memberi inspirasi kepada peminat merentasi Singapura dan negara lain, menubuhkan dirinya sebagai penyanyi berpengaruh dalam bidang muzik setempat.

Jatt Ali

Tahir Ali, lebih dikenali dengan gelaran Jatt, adalah seorang penyanyi Singapura, di mana suara dan kehadiran pentasnya telah menjadikan beliau seorang tokoh yang menonjol dalam muzik Asia Tenggara.

 

Jatt mendapat pujian yang meluas sebagai vokalis utama band Black Dog Bone, dengan hit lagu penuh jiwa dan gaya rok-funk tersendiri dalam muzik Melayu pada tahun 1970-an dan 1980-an tahun. Persembahan hebat dan vokal versatil Jatt membantu band itu mencapai status ikonik dan mengembangkan peminatnya merentasi Malaysia, Singapura dan negara lain.

 

Pada 2019, Jatt memperkenalkan dirinya semula kepada penonton sebagai seorang pesaing dalam musim keenam rancangan realiti Gegar Vaganza, di mana beliau memikat penonton dan pengadil dengan nyanyian lagu-lagu klasik dengan gaya tersendiri.

 

Sepanjang pertandingan, beliau memaparkan kemahirannya dalam pelbagai genre, dan melayakkan beliau memenangi tempat ketiga. Terkenal dengan keupayaannya untuk memaparkan emosi mendalam bagi setiap persembahan, Jatt kekal menjadi seorang yang dihormati dalam industri muzik.

 

Kini, tinggal di Johor dengan isteri dan tujuh ekor kucing kesayangannya, Jatt masih aktif dalam bidang muzik dan sering membuat persembahan untuk peminatnya yang telah mengikuti kerjayanya sejak awal lagi. Beliau mengekalkan legasinya sebagai ikon muzik Melayu dan akan terus menjadi inspirasi kepada generasi artis baru.

Siti Khalijah Zainal (Siti K)

Siti mula tampil sebagai seorang pelakon teater sepenuh masa selepas menyertai program buat belia pada 2004. Sejak itu, beliau telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat teater setempat dan antarabangsa. Beliau telah dua kali memenangi kategori Anugerah Pelakon Terbaik dari Anugerah Teater Straits Times Life! Bagi pementasan Model Citizens (2010) dan Off Centre (2015). Beliau mendapat pengiktirafan bagi Anugerah Artis Muda dari Majlis Seni Kebangsaan pada 2014 dan baru-baru ini, beliau telah memenangi kategori Pelakon Terbaik bagi Watak Komedi di Pesta Perdana 2023.

Syaz Smooth

Syaz Smooth adalah seorang penyanyi dan pelakon berusia 19 tahun dari Singapura yang telah menarik perhatian di Singapura dan wilayah bagi bakat luar biasanya. Mula membuat persembahan pada usia 6 tahun, Syaz memenangi pertandingan nyanyian pertamanya pada 2012. Sejak itu, beliau telah memperoleh pelbagai anugerah termasuk menjadi peserta separuh akhir dalam rancangan Asia’s Got Talent 2017 di mana beliau menambat hati pengadil dengan dendangan hebat bagi lagu It’s a Man’s Man’s World.

 

Baru-baru ini, Syaz dinobat sebagai juara pertandingan Suara Wisma Geylang 2.0 in 2021. Pada tahun yang sama, beliau mendapat penghormatan sebagai artis paling muda untuk menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Universal Music Singapura. Terkenal dengan nyanyiannya bagi lagu-lagu popular milik orang lain, Syaz baru-baru ini telah mencuba menulis lagi, memaparkan perkembangannya sebagai seorang artis. Dengan masa depan yang cerah, Syaz terus memberi inspirasi menerusi penglibatan masyarakat dan keseniannya.

Tarikh & Masa

1 Jan 2025, Rabu

8pm

Teater Esplanade
Tiket & Harga
Standard PWDs
(Terhad)

Pelajar, Anggota Perkhidmatan Negara,
Warga Emas (Terhad)

Cat 1 $80 $30 -
Cat 2 $60 $30 -
Cat 3 $35 $30 $30

Harga khas untuk ahli Esplanade&Me

Early Bird (13 – 19 Nov 2024)

Kad Hitam: jimat 20%
Kad Putih: jimat 15%
Discover: jimat 15% (Min. 2 tiket, tiket terhad)

 

Dari 20 Nov 2024, 10am

Kad Hitam: jimat 15%   
Kad Putih: jimat 10%
Discover: jimat 10% (Min. 2 tiket, tiket terhad)

 

Applicable to Standard Cat 1 & 2 tickets only. Terms and Conditions apply.

Not a member? Sign up for free!

MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.