Dipersembahkan oleh Esplanade

Teater

Kemas

Teater Kami, arahan dan tulisan Moli Mohter (Singapura)

17 Feb 2023, Jumaat, 8pm

18 Feb 2023, Sabtu, 3pm & 8pm

19 Feb 2023, Ahad, 3pm

1jam 30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Studio Teater

Acara ini telah berlalu

not cache
Tentang Acara

Kami bermula di sebuah estet perumahan: Salma adalah jiran baru yang tinggal bersama suaminya yang selalu tiada atau selalu bertikam lidah dengannya apabila beliau berada di rumah. Arah yang fikir ibunya lebih menyebelahi adiknya dan salahkan Arah dengan cara kehidupan mereka sekarang. Akhir sekali, Juminah yang suka mengimbas tentang kehidupan silamnya setiap kali beliau berasa kesunyian - beliau terkenang memori cinta pertamanya, saat paling bahagia dalam hidupnya.

 

Namun, dinding di flat tipis dan semua orang kerap dengar melalui dinding satu sama lain. Bagaimanakah anda menyembunyikan perkara peribadi di sebalik pintu rumah yang tertutup? Bagaimanakah anda berpura-pura tidak tahu apabila anda sudah mendengar pelbagai perkara? Bagaimanakah anda boleh mesra dengan jiran anda apabila anda tahu setiap rahsia yang mereka cuba sembunyikan?

 

Kemas – teratur, tersusun, terurus. Karya ini menerokai maksud luas kemas menerusi kisah-kisah tiga wanita ini, Salma, Arah dan Juminah.

 

Kemas ditulis oleh Moli  Mohter  dan inspirasinya tercetus daripada pengalaman dan interaksinya bersama jiran-jiran di estetnya. Skrip ini dibaca buat julung-julung kalinya di Cipta Cita 2022 kepada para penonton di dalam sesi tertutup, yang terdiri daripada para penulis, pembuat teater, penerbit dari bidang hiburan dan teater tempatan. Skrip ini dibangun dan diperkembangkan di bawah nasihat dan rundingan pengarah artistik syarikat teater setempat dari Teater KAMi, Atin Amat.

 

Teater KAMi bangga menerbitkan pementasan ini dan untuk bekerjasama sekali lagi dengan Esplanade selepas beberapa tahun berunding tentang karya komisyen ini. 

Nasihat:

Bahasa Kasar. Mengandungi rujukan tentang sakit mental dan bunuh diri.

 

Memakai pelitup muka adalah pilihan anda. Namun, penonton digalakkan terus mengamalkan sifat bertanggung jawab dan berhat-hati, seperti memakai pelitup muka di tempat-tempat yang sesak dengan orang.

Umur Disyorkan: 16 tahun ke atas.
Umur Kemasukan:
13 tahun ke atas.
Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris
Perkara yang perlu diperhatikan:
Sila kekal berwaspada dengan ancaman penipuan pancingan data yang kian meningkat. Gunakan saluran tiket rasmi seperti Esplanade.com atau Sistic.com.sg dan periksa bahawa anda melayari laman web yang sah sebelum  anda log masuk untuk menempah tiket.
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tiket: Harga tidak termasuk bayaran tempahan ejen. Masukan ke tempat-tempat persembahan dibolehkan kepada penonton yang mempunyai tiket yang dibeli melalui ejen tikey yang sah sahaja. Baca tentang tiket atau periksa soal jawab (FAQ) kami.

Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.

Tentang Artis

Moli Mohter, Penulis skrip

Moli adalah penggiat teater dan pengalamannya luas, di mana beliau pernah menjadi pelakon, pendidik, pengendali, penulis dan pengarah.

 

Beliau telah menulis, mengarah dan menerbitkan karya yang tidak dapat dilupakan seperti Penantian pada 2013 dan Sembelit Lagi pada 2012. Sebagai pelakon-fasilitator, beliau sebahagian daripada pementasan teater forum - Trick or Threat oleh Drama Box, dan mendapat peluang untuk mengembara di Festival Teater Forum Dunia di Austria pada 2009.

Moli adalah seniman utama bagi projek penglibatan komuniti berasaskan seni bagi Both Sides, Now, pada 2021 dan 2022. Beliau juga berpeluang mengarah dan menulis pementasan interaktif seperti Waktu yang dipersembahkan oleh Suhaili Safari di Heartbeat @ Bedok.

Sebagai seorang pendidik seni, beliau bekerjasama dengan Buds Theatre, Teater Kami, dan Drama Box untuk mengajar kanak-kanak dan belia. Beliau juga bekerjasama dengan para belia di rumah pemulihan Singapore Girls’ Home, Singapore Boys’ Home, dan Institut Pendidikan Teknikal. Kini, beliau merupakan befriender di Kelab Kanak-kanak Tak Takut, di mana beliau menjahit kostum dan mencuba dandanan dan solekan bersama peserta.

Pada 2019, Moli menubuhkan Makaia Arts untuk menerbitkan lebih banyak program berpendidikan. Namun, beliau tidak berupaya mengembangkannya akibat keadaan COVID-19. Beliau, bagaimanapun, berharap dapat mencipta lebih banyak karya di bawah Makaia Arts pada masa depan.

Dalifah Shahril, Pelakon

Dalifah Shahril adalah seorang pelakon dan pendidik drama yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Beliau juga adalah seorang pelakon suara dan bakat alih suara yang cekap bertutur dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Kelulusan Institut Pendidikan Nasional (Pendidikan Seni), Dalifah gemar bekerjasama dengan kanak-kanak dan mengajar drama dan pertuturan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan. Dalifah telah dinobat sebagai Pelakon Terbaik bagi Anugerah Teater Life Straits Times 2018 dan mendapat pencalonan dalam kategori sama pada 2019 bagi Lanang (Hatch Theatrics). 

Rusydina Afiqah, Pelakon

Rusydina Afiqah menerima Sarjana Muda dalam Seni (Kepujian) dalam Seni Teater dari Akademi Seni Halus Nanyang. Antara penerbitan terkemuka beliau termasuk Here and Beyond! (Toy Factory); Step Outta Line (Festival Fringe Singapura M1 2018 dan NAFA); Off Centre oleh The Necessary Stage dan Anak oleh Noor Effendy Ibrahim. 

Mahyonis Mahfudz, Pelakon

Mahyonis Mahfudz adalah seorang pelakon veteran, terkenal sebagai sebahagian daripada pasukan Sriwana Bangsawan dan telah berlakon dalam drama televisyen sejak awal 1980-an. Beliau kembali ke pentas selepas bersara daripada lakonan beberapa tahun lalu.  

Suhaila M Sanif, Pelakon

Suhaila mula terlibat dalam teater pada usia 18 tahun. Penglibatan pertamanya adalah bersama Teater KAMi Ltd pada 2001 di mana beliau bermula sebagai anggota kru. Beliau kemudian mengamalkan teater apabila beliau mendapat peluang terlibat dalam Youth Productions pada 2002. Antara penerbitan yang beliau pernah terlibat termasuk Balada Tun Fatimah (2012), NGACO (2014 & 2020) Rindu Di Bulan oleh Rupa Co. Lab untuk Festival Fringe Singapura M1l (2022).

Tarikh & Masa

17 Feb 2023, Jumaat

8pm

Studio Teater

18 Feb 2023, Sabtu

3pm

Studio Teater

8pm

Studio Teater

19 Feb 2023, Ahad

3pm

Studio Teater
Tiket & Harga
Standard Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara,
Warga Emas dan PWDs (Terhad)
Harga $35 $28

Harga khas untuk ahli Esplanade&Me

Kad Hitam: jimat 15%
Kad Putih: jimat 10%
Discover:  jimat 10% (Min. 2 tiket) (Tiket terhad)

Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.

MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.