We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
2 Mei 2025, Jumaat, 8pm
3 Mei 2025, Sabtu, 3pm & 8pm
4 Mei 2025, Ahad, 3pm
(Waktu rehat: Tiada)
Teater Dermaga Singtel di Esplanade
Pada 1950-an di Kampung Kambing, Salina berjuang untuk bertahan dalam keadaan realiti pahit selepas perang di Singapura — terjerat dalam hubungan toksik, dan dipaksa oleh keadaan untuk bekerja sebagai seorang pelayan. Di sekelilingnya, masyarakat pendatang Melayu dan Indonesia, yang dahulunya penuh dengan harapan, kini putus harapan dengan sebuah negara yang masih bergelora akibat Perang Dunia Kedua.
Diadaptasikan daripada novel seminal oleh Sasterawan Negara Malaysia, A. Samad Said, SALINA adalah sebuah kisah yang mencengkam tentang daya tahan dan kelangsungan hidup, berlatar belakangkan sebuah masyarakat yang sedang membina semula. Diilhamkan daripada pengalamannya sendiri semasa kanak-kanak di bawah penjajahan Jepun, A. Samad Said menerapkan karyanya dengan realisme yang menusuk, memberi suara kepada pergelutan sebuah generasi menerusi watak-watak menarik dan dialog tajam dan menggugah.
Dipersembahkan di pentas oleh TEATER KAMi, penerbitan ini ditulis untuk pementasan dan diarah oleh penerima Pingat Budaya, Atin Amat. Pertama kali dipentaskan pada 1993 dan diulangi pementasan sebanyak dua kali, SALINA kembali dengan barisan pelakon mapan yang menampilkan Ariati Tyeb Papar, Fir Rahman, Rizal Aiman, Amirah Yahya, Suhaila M Sanif, Rusydina Afiqah, dan Rafaat Hj. Hamzah.
Accessibility
Assistive Listening
Perhatian 16: Mengandungi beberapa kandungan matang, termasuk unsur seksual dan memaparkan keganasan.
Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.
Ariati Tyeb Papar
Ariati Tyeb Papar adalah seorang pelakon mapan Singapura yang mempunyai pengalaman melebihi tiga dekad dalam industri hiburan. Sejak lakonan pertamanya pada 1990, beliau telah meraih pelbagai anugerah dan pencalonan bagi lakonannya di dalam televisyen dan teater. Beliau telah memenangi kategori Pelakon Terbaik dalam Peranan Utama bagi persembahannya dalam Tekan Minyak di anugerah Pesta Perdana 2019. Ariati juga merupakan pelakon mapan dalam penerbitan Mediacorp dan terus menyumbang secara aktif pada persada teater Singapura, khususnya bersama TEATER KAMi.
Fir Rahman
Fir Rahman pertama kali menempa nama dalam industri hiburan pada 2002, apabila beliau dinobat sebagai juara bagi rancangan bakat di saluran Mediacorp Suria. Sejak itu, beliau telah mencapai kerjaya cemerlang sebagai seorang pelakon dwibahasa merentasi televisyen, teater dan filem. Lakonannya terserlah dalam filem Apprentice (2016) arahan Boo Junfeng, di mana persembahannya yang mencengkam menobatkan beliau pencalonan dalam kategori Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Filem Asian — satu saat yang beliau anggap sebagai satu titik pencapaian. Dengan pelbagai pencapaian, termasuk dinobat sebagai Pelakon Terbaik dan Pelakon Sokongan Terbaik di anugerah Pesta Perdana Suria, Fir telah membuktikan dirinya sebagai seorang pelakon versatil sepanjang kerjayanya, membawa kematangan dalam setiap peranan dalam lakonannya.
Rizal Aiman
Sejak pertama kali muncul di saluran Mediacorp Suria pada 2015, Rizal Aiman telah membina kehadirannya di televisyen dan tampil dalam pelbagai program dan drama. Lakonan versatilnya berkembang pada bidang teater, di mana beliau aktif berlakon sejak 2017. Persembahan dinamik Rizal telah menobatkan beliau pencalonan di anugerah Pesta Perdana 2023 dalam kategori Pelakon Sokongan Terbaik. Baru-baru ini, beliau membintangi filem cereka Melayu 2024, Salam Gembira, yang telah mendapat pujian ramai kerana wataknya yang menarik. Dengan bakat yang kian berkembang, Rizal terus membina diri sebagai seorang pelakon yang mahir dan berpengalaman.
Amirah Yahya
Amirah Yahya adalah seorang pelakon versatil yang terkenal dengan kehadirannya dalam televisyen dan teater. Beliau dikenali dengan wataknya sebagai Wati, seorang pekerja domestik asing dalam siri televisyen popular, Tanglin. Karya teaternya, terutamanya dalam Hayat Hayatie, telah meraihnya banyak pujian kerana beliau berupaya menyampaikan keaslian dan kematangan pada wataknya. Selalu berusaha memperbaiki bakatnya, Amirah adalah seorang anggota aktif TEATER KAMi, di mana beliau menerokai sempadan artistik yang baru.
Teater KAMi
TEATER KAMi Limited, diasaskan Atin Amat, adalah sebuah syarikat teater perintis di Singapura yang berdedikasi menghasilkan penerbitan teater dalam bahasa Melayu sejak 1989. Terkenal dengan penerbitan berpendidikan dan kaya dengan budaya, syarikat itu memaparkan naratif setempat, sering kali diilhamkan daripada pengalaman dan warisan Melayu Singapura. Karya terkenalnya termasuk adaptasi daripada sastera ikonik seperti pementasan lalu Salina dan karya asli seperti Anak Melayu, mencerminkan isu-isu sosial. Di bawah pimpinan Atin Amat, syarikat itu telah memberi sumbangan penting kepada persada seni Singapura, memperoleh pengiktirafan atas dedikasinya kepada penceritaan kebudayaan. Kesan TEATER KAMi melampaui pentas, memulihara legasi penerbitannya menerusia sumbangan arkib yang luas kepada Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).
Sistem Bantu Dengar
Sistem bantu dengar sedia ada di sini. Pengguna alat bantu pendengaran yang mempunyai program Telecoil dapat bermanfaat daripada sistem ini. Sıla tiba 30 minit lebih awal sebelum persembahan bermula supaya kami dapat membantu menyediakan sistem ini.
Assistive Listening
2 Mei 2025, Jumaat
8pm
3 Mei 2025, Sabtu
3pm
8pm
4 Mei 2025, Ahad
3pm
Standard | Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara, Warga Emas dan PWDs (Terhad) |
|
Cat 1 | $60 | $48 |
Cat 2 | $45 | - |
Harga khas untuk ahli Esplanade&Me
Early Bird (18 – 24 Mar 2025, tiket terhad)
Kad Hitam: jimat 20%
Kad Putih: jimat 15%
Discover: jimat 15% (Min. 2 tiket)
From 25 Mar 2025, 10am
Kad Hitam: jimat 15%
Kad Putih: jimat 10%
Discover: jimat 10% (Min. 2 tiket, tiket terhad)
Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.
Geran Seni Tote Board
Semua sekolah menengah, maktab rendah/Institut Berpusat dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh menggunakan Geran Seni Tote Board untuk mendapat subsidi sehingga 50 peratus daripada kos program.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kaunter tiket Esplanade di 6828 8389 atau emel kepada boxoffice@esplanade.com.