Dipersembahkan oleh Esplanade

Bengkel

Nusantara di Pinggan: Membentang Budaya Nasi Ulam (Demo)

Kebon Dapo & Dapur Cahaya

3 Mei 2025, Sabtu, 11am & 3pm

2jam

(Waktu rehat: Tiada)

Ruang Putih Esplanade

Sold Out

not cache
Tentang Acara

Sertai perjalanan deria melalui tradisi, rasa dan bersamaan di Pesta Raya dalam bengkel amali inklusif ini yang menerokai warisan Nasi Ulam, sejenis hidangan tradisional Indonesia yang merangkumi nasi yang dicampur dengan herba dan sayur-sayuran segar.

 

Terokai seni mencari makanan, mempelajari manfaat penyembuhan herba-herba tempatan dan mengalami semangat gotong royong semasa anda menyediakan hidangan Nusantara kegemaran ini bersama-sama. Dengan bahan-bahan segar yang dipetik dari taman Kebon Dapor dan dibeli dari pasar-pasar setempat, bengkel ini mendedahkan bagaimana masyarakat di Nusantara telah lama mengamalkan kemampanan, kesejahteraan dan tradisi berkongsi menerusi makanan.

 

Tiada pengalaman diperlukan— anda hanya perlu datang dengan rasa ingin tahu, hati terbuka dan suka makanan sedap! Tidak kira jika anda memotong, mencampur atau hanya seronok berbual, bengkel ini meraikan budaya, perhubungan dan kegembiraan berkumpul sambil menyediakan hidangan.

Umur Kemasukan:
13 tahun ke atas.
Bahasa: Inggeris
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tiket: Harga tidak termasuk bayaran tempahan ejen. Masukan ke tempat-tempat persembahan dibolehkan kepada penonton yang mempunyai tiket yang dibeli melalui ejen tikey yang sah sahaja. Baca tentang tiket atau periksa soal jawab (FAQ) kami.

Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.

Sila kekal berwaspada dengan ancaman penipuan pancingan data yang kian meningkat. Gunakan saluran tiket rasmi seperti Esplanade.com atau Sistic.com.sg dan periksa bahawa anda melayari laman web yang sah sebelum  anda log masuk untuk menempah tiket.
Tentang Artis

Kebon Dapor

Instagram

Kebon Dapor, diasaskan oleh Raja Mohd Fairuz sebagai projek yang beliau minati, adalah sebuah ladang bandar dan ruang masyarakat, di City Sprouts Punggol, yang berdedikasi memulihara warisan kulinari Melayu dan pertanian mampan. Ladang itu, mendapat ilham daripada persekitaran dan rumah-rumah kampung Melayu, menumbuh herba dan sayur-sayuran yang secara tradisional digunakan dalam juadah Melayu seperti ulam raja, daun kari, cili dan herba tempatan lain, menawarkan wadah unik untuk berhubung semula dengan alam semulajadi dan tradisi kebudayaan.

Dapur Cahaya

Instagram

Dapur Cahaya adalah wadah kulinari yang berdedikasi menyerlahkan hidangan tradisional Melayu. Diasaskan oleh Suria Insyirah, ia berfungsi sebagai ruang untuk menerokai rasa dan ramuan luas warisan Melayu, sambil peluang untuk berkongsi kisah-kisah dan resipi keluarganya. Menerusi kandungan menarik dan bengkel mini, Dapur Cahaya mengundang orang ramai untuk menyertai perjalanan mencari semula dan memulihara intipati tradisi kulinari Melayu.

Tarikh & Masa

3 Mei 2025, Sabtu

11am

Ruang Putih Esplanade

3pm

Ruang Putih Esplanade
Tiket & Harga
Standard
Harga $20
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.