Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

Nadi Singapura x Djangat

Nadi Singapura x Djangat (Singapura and Indonesia)

11 Mei 2024, Sabtu, 7pm, 8.15pm & 9.30pm

45minit

(Waktu rehat: Tiada)

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

Acara ini telah berlalu

Kredit Foto: Nadi Singapura and Djangat
not cache
Tentang Acara

Nadi Singapura
Selami tenaga berpengaruh rentak genderang dan muzik Nadi Singapura yang memaparkan genderang tradisional Melayu seperti Rebana, Gendang, Jidur, Marwas, dan Talempong yang diiringi dengan vokal dan tarian mempesonakan. Mari sertai sambutan tradisional Melayu dan Nusantara yang dipersembahkan oleh Nadi Singapura.

 

Djangat
Setelah mengetahui tentang seni Kayat di Kuantan, Singingi, Djangat telah berubah fokus kepada Pasca-Kayat, meneroka kemungkinan muzikal dan bukan muzik baharu di sekelilingnya. Pasca Kayat juga melibatkan gabungan genderang Kayat dengan alat elektronik untuk mencipta rentak dan melodi yang bergema dengan tema naratif. Di tengah-tengah gabungan itu, yang mengikat elemen klasikal dan moden adalah struktur muzik intrinsik dan kandungan Kayat yang kaya.

 

Nadi Singapura x Djangat
Nadi Singapura dan Djangat Indonesia bergabung tenaga di atas pentas untuk mencipta gabungan bunyi menawan yang terdiri daripada elektronik, melodi rakyat dan gendang perkusi etnik. Gabungan dinamik ini menyatukan tradisi bersama inovasi, merujuk semula hubungan rapat antara Singapura dan Riau dalam persembahan memukau.

Bahasa: Bahasa Indonesia, Inggeris
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Nadi Singapura (Singapura)

Instagram | Facebook | TikTok | YouTube | Website

Ditubuhkan pada November 2011, kumpulan Nadi terdiri daripada pemuzik muda berbakat yang berdedikasi hendak mempertingkatkan genderang dan perkusi Melayu, menjelmakan semangat nama mereka “Nadi”. Kumpulan ini yang dipimpin oleh seniman rebana terkemuka, Yaziz Hassan, dan pemain genderang terkenal, Riduan Zalani, telah menerima Anugerah Geran Besar Majlis Seni Kebangsaan 2023 hingga 2025, mencerminkan kecemerlangan dan dedikasi kumpulan itu kepada seni mereka. Nadi Singapura berpegang teguh pada teras utama mereka iaitu persahabatan dan aspirasi muzikal yang dikongsi bersama kian mereka bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada penonton menerusi persembahan genderang, muzik dan gerakan tradisional Melayu mereka.

Djangat (Indonesia)

Instagram | Facebook | YouTube

Berpangkalan di Pekanbaru-Riau, Djangat Indonesia adalah sebuah kumpulan muzik yang diasaskan oleh penggubah Anggara Satria, dengan sifat ingin tahu sebagai asas kreatifnya Sejak ia ditubuhkan pada 2002, ia telah memberi tumpuan untuk menerokai aneka bunyi untuk menyokong karya teater dan tari di merata Indonesia, Malaysia dan Singapura.

 

Selama bertahun-tahun, Djangat telah menjadi sebuah kumpulan muzik yang padu, dan mula fokus terhadap gaya nyanyian, naratif etnik dan tradisi masyarakat di kawasan pedalaman Riau dan Sumatra. Pada 2015, Satria mengendalikan kajian tentang seni Kayat di kawasan Kuantan Singingi, mengumpul bahan untuk karya berasaskan naratif baru. Kajian artistik memainkan peranan penting dalam karya Djangat dan kumpulan ini memanfaatkan pentas sebagai cara mempersembahkan keputusan kajian yang telah dikendalikan.

Tarikh & Masa

11 Mei 2024, Sabtu

7pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

8.15pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

9.30pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.