We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
10 Mei 2024, Jumaat, 8pm
11 Mei 2024, Sabtu, 3pm & 8pm
12 Mei 2024, Ahad, 3pm
(Waktu rehat: Tiada)
Teater Dermaga Singtel di Esplanade
Sold Out
Sold Out
Tempuhi lapisan-lapisan rumit sebuah cerita rakyat Nusantara dalam pengilhaman semula Bawang Putih Bawang Merah – suatu penerokaan memikat tentang erti keberanian, mempertikai kelaziman masyarakat, dan takdir yang tidak disangka.
Produksi yang lucu dan tajam akal ini memberi nafas baru kepada cerita terkenal itu, dengan menumpukan perhatian kepada adik-beradik tiri yang sama menawan, Bawang Putih dan Bawang Merah. Di tengah kehilangan dan rasa hiba, mereka memulakan perjalanan mencari diri dan pembebasan, dibimbing ibu-ibu yang penuh hikmah dan hikmat, kerabat yang memberontak, dan kebayan yang tidak terperi.
Mampukah Bawang Putih dan Bawang Merah, berbekalkan tekad yang teguh dan dibantu sekutu yang luar kebiasaan, membebaskan diri dari belenggu patriarki dan monarki? Adaptasi berani ini mencabar naratif tradisional tentang ‘hidup bahagia selamanya’, ‘damsel in distress’, dan kesatria hensem dalam baju besi bersinar; mengingatkan kita bahawa kita boleh menjadi wirawati dalam cerita kita sendiri.
Diterbitkan oleh salah satu kumpulan teater terkenal di Singapura, Teater Ekamatra, Bawang Putih Bawang Merah menghimpunkan sebuah pasukan kreatif, di mana ramai di kalangan mereka terlibat dalam penerbitan Bangsawan Gemala Malam (2022) yang telah memenangi anugerah: Ridhwan Saidi, seorang penulis dan pembuat filem dari Malaysia yang telah menghidupkan suasana teater Singapura; Mohd Fared Jainal, seorang penggiat teater yang terkenal dengan visi arahan tajam dan rekaan set inovatif; Safuan Johari, seorang penggubah lagu dan pemuzik pelbagai sembang; dan TUBE Gallery, pereka kostum daripada muzikal Fatih – The Prince & The Drum. Barisan pelakon popular termasuk Nabila Huda, Aidli ‘Alin’ Mosbit, Fir Rahman, Munah Bagharib, Rizman Putra, Siti Hajar Abdul Gani, dan Siti Khalijah Zainal.
Accessibility
Assistive Listening
Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.
Teater Ekamatra
Website | Instagram | Facebook
Teater Ekamatra adalah sebuah syarikat seni Singapura yang memaparkan pelbagai seniman etnik. Syarikat itu menghidupkan visi mereka untuk menjadi kumpulan teater yang mementaskan karya-karya berani yang menangani isu-isu sosio-politik.
Pelbagai festival seni antarabangsa telah komisyenkan Teater Ekamatra yang juga telah mendapat pelbagai nominasi dan pujian, terutama di wadah yang mengiktiraf kecemerlangan dalam teater Singapura, Anugerah Teater Life! The Straits Times. Ini termasuk Pengarah Terbaik, Penerbitan Terbaik, Skrip Asli Terbaik dan banyak lagi.
Berpandukan nilai-nilai kepelbagaian, keterangkuman, integriti, bertanggung jawab dan berpaksikan rakyat, Teater Ekamatra komited pada misi mereka untuk mencipta karya seni menarik yang memberi ilham serta memupuk bakat baru dan meluaskan kepelbagaian dalam industri.
Sistem Bantu Dengar
Sistem bantu dengar sedia ada di sini. Pengguna alat bantu pendengaran yang mempunyai program Telecoil dapat bermanfaat daripada sistem ini. Sıla tiba 30 minit lebih awal sebelum persembahan bermula supaya kami dapat membantu menyediakan sistem ini.
Assistive Listening
10 Mei 2024, Jumaat
8pm
11 Mei 2024, Sabtu
3pm
8pm
12 Mei 2024, Ahad
3pm
Standard | Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara, Warga Emas dan PWDs (Terhad) |
|
Cat 1 | $60 | $48 |
Cat 2 | $45 | - |
Restricted View: $30
Para pelanggan yang duduk di bahagian "Restricted View" (Baris AA, AB & AC) tidak dapat melihat sebahagian daripada pentas dan skrin dengan sarikata bahasa Inggeris.
Harga khas untuk ahli Esplanade&Me
Early Bird (14 – 20 Mar 2024, tiket terhad)
Kad Hitam: jimat 20%
Kad Putih: jimat 15%
Discover: jimat 15% (Min. 2 tiket)
Dari 21 Mar 2024, 10am
Kad Hitam: jimat 15%
Kad Putih: jimat 10%
Discover: jimat 10% (Min. 2 tiket, tiket terhad)
Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.
Geran Seni Tote Board
Semua sekolah menengah, maktab rendah/Institut Berpusat dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh menggunakan Geran Seni Tote Board untuk mendapat subsidi sehingga 50 peratus daripada kos program.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kaunter tiket Esplanade di 6828 8389 atau emel kepada boxoffice@esplanade.com.