We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
18 – 21 Mei 2023
Sila periksa tarikh dan masa untuk butiran lanjut(Waktu rehat: Tiada)
Studio Teater Esplanade
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Adam dihantar ibunya, Siti, untuk menjalani tuntutan setiap anak lelaki Singapura: Perkhidmatan Negara. Namun, beliau dilahirkan di Australia dan tiada perasaan terhadap Singapura. Kepulangannya menjadi lebih rumit apabila Siti dengan bersemangat mahu Adam kembali menjalin hubungan yang sudah lama terputus - dan mengalami upacara yang dikehendaki setian anak lelaki Melayu Singapura: bersunat.
Dengan bantuan seorang pak cik dan nenek yang agak aneh dan konon-kononnya, ‘doktor buat kaum lelaki’, Adam melalui pengalaman untuk menjadi seorang lelaki.
Potong adalah satu perjalanan teaterikal yang menyatukan pelbagai watak menarik dan pengalaman untuk merungkai jalinan definisi diri yang rumit dan peranan kenangan untuk membentuknya. Padat dengan humor dan kesakitan, karya pementasan ini mengundang anda untuk mengemudi kerumitan di kalangan keluarga, kemanusiaan dan kasih sayang.
Ditulis oleh Johnny Jon Jon dan diarah oleh Mohd Fared Jainal, Potong pertama kali dipersembahkan sebagai sebahagian daripada musim utama Teater Ekamatra pada 2018, sebuah syarikat yang terkenal dengan pendekatan jujur, lembut dan sensitif terhadap isu-isu sukar dan rumit. Pementasan ini memaparkan pelakon Farah Ong dalam peranan asalnya, di sisi pelakon Aisyah Aziz, Irsyad Dawood, dan Jada.
Masukan untuk usia 16 tahun ke atas
Ada penggunaan kasar dan kesat
Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.
Teater Ekamatra
Teater Ekamatra adalah sebuah syarikat seni yang terkenal dan menarik yang memberi tumpuan pada seniman pelbagai etnik, menghidupkan visi mereka untuk menjadi jantung teater dengan mementaskan karya-karya berani yang membicarakan isu-isu sosio-politikal.
Teater Ekamatra telah dikomisyenkan oleh festival-festival seni antarabangsa beriktiraf dan telah meraih pelbagai pencapaian, antaranya di wadah kecemerlangan tertinggi dalam teater, Anugerah Teater Straits Times Life!, memenangi pelbagai anugerah untuk Skrip Asli Terbaik.
Dipimpin dengan nilai-nilai kepelbagaian, inklusiviti, integriti, akauntabiliti dan prihatin terhadap manusia, Teater Ekamatra komited pada misi untuk mencipta seni yang memberi inspirasi, serta membina bakat-bakat baru dan mengembangkan kepelbagaian dalam industri.
Aisyah Aziz
Dikenali dengan suara lunak dan sensual sebagai penyanyi-penulis lagu, Aisyah Aziz dikenali dengan keupayaannya untuk berubah daripada suara penuh pada suara kepala, kededuanya suara merdu, dan boleh menangani genre muzik dinamik yang luas. Beliau telah bergabung dengan ramai seniman bertauliah lain termasuk Charlie Lim, ShiGGa Shay dan Lil J. dari Malaysia. Aisyah juga telah dikomisyen oleh FASE dan NDP untuk penulisan lagu. Aisyah pertama kali tampil dalam pementasan teater dalam muzikal yang telah meraih anugerah, Bangsawan Gemala Malam oleh Teater Ekamatra yang dikomisyen oleh Festival Seni Antarabangsa Singapura 2022. Pada tahun ini, Aisyah Aziz kembali tampil di atas pentas buat kali kedua sebagai Dr Dini dalam Potong.
Farah Ong
Farah Ong adalah seorang seniman berdikari - seorang pelakon, seniman persembahan, seniman suara, pengarah teater kanak-kanak dan seniman pengajar.
Farah berasa paling bernyawa semasa beliau melakukan persembahan. Beliau mendapati perhubungan manusia sangat menyenangkan semasa mengajar. Beliau cuba memahami sakit semasa mencipta persembahan. Beliau mencipta seni, kadang-kala dalam cara dan bentuk luar biasa.
Apabila tidak mencipta seni, beliau adalah manusia biasa seperti apa ramai orang inginkan - untuk melakukan sesuatu, untuk menyayangi seseorang dan untuk melakukan beberapa kegiatan bermakna.
Beliau percaya, tidak kira berapa tua atau berapa letih kita sudah jadi - jika kita lihat dunia ini menerusi mata kanak-kanak, ada magis dalam semuanya.
Farah sentiasa seorang kanak-kanak di dalam hati.
Irsyad Dawood
Irsyad Dawood adalah seorang persembah dan pembuat teater, di antara banyak perkara. Amalannya berpusat dikelilingi pelbagai jenis persembahan termasuk, tetapi tidak terhad pada, lakonan, persembahan boneka, dan persembahan seni. Antara senarai karya persembahannya termasuk T0701 (Zeugma), Bangsawan Gemala Malam (Teater Ekamatra) dan Pandancemic (Muzium Seni Singapura). Beliau mendedikasi setiap karyanya pada ibu dan allahyarham bapanya yang beliau cintai.
Jada
Jada, lulusan Diploma dalam Tarian dari Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) telah membuat persembahan sejak usia muda 16 tahun, di Singapura dan antarabangsa. Persembahan pertama Jada adalah dalam sebuah penerbitan teater, Dhavusya oleh Teater Ekamatra pada 1997. Jada, sejak itu telah menerokai menjadi seorang pelakon, pengarah, koreografer dan konsultan sebelum berpindah ke Kuala Lumpur pada 2000. Sejak separuh bersara daripada bidang hiburan pada 2016, Jada telah bekerja sebagai seorang jurumekap, barista dan baru-baru ini, penggubah bunga. Jada kini kembali ke teater dan muncul semula dengan peranan sebagai Saleh dalam Potong. Jada berharap dapat belajar dan berkembang menerusi peranan ini, dan juga mengalami sendiri perkembangan industri teater, dengan harapan agar peluang persembahan akan hadir sendiri.
18 Mei 2023, Khamis
8pm
19 Mei 2023, Jumaat
8pm
20 Mei 2023, Sabtu
3pm
8pm
21 Mei 2023, Ahad
3pm
Standard | Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara, Warga Emas dan PWDs (Terhad) |
|
Harga | $38 | $30 |
Esplanade&Me Specials
Early Bird
(16 – 26 Mar 2023, limited tickets)
Black: 20% savings
White: 15% savings
Discover: 15% savings (Min. of 2 tickets)
From 27 Mar 2023, 9am
Black: 15% savings
White: 10% savings
Discover: 10% savings (Min. of 2 tickets, limited tickets)
Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.
Geran Seni Tote Board
Semua maktab rendah/Institut Berpusat dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE)* boleh menggunakan Geran Seni Tote Board untuk mendapat subsidi sehingga 50 peratus daripada kos program.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kaunter tiket Esplanade di 6828 8389 atau emel kepada boxoffice@esplanade.com.