We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
2 Mac 2024, Sabtu, 6pm
(Waktu rehat: Tiada)
Studio Annex Esplanade
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Perbincangan umum ini menjelaskan teori tujuh peringkat penulisan lagu berdasarkan buku-buku penulisan Encik Khair Yasin. Contoh lagu-lagu yang kekal masyhur akan dikongsikan untuk menekankan kepentingan karya yang serasi dengan masyarakat di jalanan, budaya, dan negara.
Pembentangan langsung Ilham Spontan atau Inspirasi Segera berkongsi cara penulisan melodi dan senikata secara spontan untuk peserta memahami teori yang diperkenalkan. Penjelasan mendalam mengenai pelbagai elemen dalam bidang dan dimensi dunia seni, penulisan lagu dan impak kata-kata dan melodi kepada individu dan masyarakat akan dikongsikan.
Mohd Khair Mohd Yasin
Mohd Khair Mohd Yasin (Khair Yasin atau Khayas) adalah pemenang Anugerah Kompas pada tahun 1995 dan 1996. Seorang penulis, komposer dan penyanyi, beliau pernah menganggotai kumpulan pop-folk Rausyanfikir yang terdiri daripada penulis lagu, Art Fazil dan mendiang Esham Jamil.
Khair Yasin menulis lebih daripada 170 lagu termasuk lagu-lagu bagi artis serantau seperti Ramli Sarip, Lovehunters, Ella, Khadijah Ibrahim, Ruhil, Nash, dan ramai lagi. Dondang dan Bumiku Bumimu, dua lagu hasil penulisannya, pernah dimainkan semasa sambutan Hari Kebangsaan Singapura. Beliau juga mewakili Singapura pada tahun 1998 dalam Festival Muzik Penyiaran Asia Pasifik. Lagunya Temasya Desa Gemalai telah dilakonkan di pentas antarabangsa oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Ramli Sarip, dan Hetty Koes Endang, di Malaysia.
Khair Yasin telah menerbitkan 12 buku termasuk puisi, penulisan lirik dan lagu. Ini termasuk CaraGaya Mencipta Seni Kata Dan Lagu Irama Dondang Khayas (2017), siri 777, 888 dan 999 Ilham Spontan Pujangga tahun 2013 hingga kini, Alam Penulisan Seni Kata & Lagu (2016), dan Alam Puisi Bermelodi (2015). Beliau menulis dua buku puisi Melayu berjudul Langkah-Langkah Langka pada tahun 2019 dan Ilham Spontan Ramadan pada tahun 2023. Sejak 2010, Khair Yasin menjadi mentor bagi hampir 100 bengkel penulisan kreatif di sekolah-sekolah dan institusi di Singapura. Beliau juga telah menyertai Antologi Puisi Serantau dan hasil penulisannya telah diterbitkan dalam majalah sastera utama Malaysia, Dewan Sastera.
2 Mac 2024, Sabtu
6pm