Many are familiar with syair because of its unique way of performance, yet not many know that there are other ways to present this traditional literary form. Get to know the syairs which are still performed by people in the Malay archipelago such as Syair Dandan Setia, Syair Siti Zubaidah Perang Cina and Syair Perahu.
Let's enjoy the historical accounts, love and advice of the poets from the past performed by Singapore’s only syair group.
In collaboration with Malay Language Council, Singapore.
Ramai yang kenal puisi syair kerana cara ‘menyanyikannya’ yang unik, namun banyak lagi cara untuk menyampaikan puisi Melayu tradisional ini. Mari kenali lagu-lagu syair yang masih didendangkan oleh masyarakat nusantara bagi menyampaikan teks-teks syair masyhur seperti Syair Dandan Setia, Syair Siti Zubaidah Perang Cina dan Syair Perahu.
Syairpura sebagai satu-satunya kumpulan pendendang syair di Singapura bakal berkongsi keindahan irama-irama syair seperti Perang, Siti Zubaidah, Selendang Delima dan banyak lagi.
Mari bersama kita nikmati kisah-kisah sejarah, cinta dan nasihat para pujangga silam melalui alunan merdu pendendang syair yang bakal membawa anda ke alam rindu. Bersama kita telusuri minda pujangga, singgah ke alam nostalgia.
Dengan kerjasama Majlis Bahasa Melayu, Singapura.