Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

S.A.Y.A.N.G. Ramlah Ram – Evolusi Muzik

(Malaysia)

1 Jan 2024, Isnin, 8pm

1jam 30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Dewan Konsert Esplanade

Acara ini telah berlalu

Tentang Acara

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ikon lagenda 80an, Ramlah Ram, dalam konsert pertamanya di Esplanade, yang meraikan peminat-peminatnya! Konsert yang penuh gah ini akan diterajui oleh pengarah muzik dan pemain keyboard, Eddie dari kumpluan SLAM. 

 

Penyanyi berasal dari seberang tambak Johor Baharu ini telah mulakan perjalanan seninya sejak menjuarai Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau juga telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-3 pada tahun 1988 untuk lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu yang telah melonjakkan namanya sebagai penyanyi popular.

 

Konsert S.A.Y.A.N.G Ramlah Ram  – Evolusi Muzik telah diilhamkan daripada lagu beliau S.A.Y.A.N.G, dah adalah sebuah surat cinta bagi peminat-peminatnya di Singapura yang telah menyokongnya sejak zaman 80an hingga hari ini.

 

Peminat akan dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu popular nyanyian Ramlah Ram seperti Diam-Diam Jatuh Cinta, Apa Khabar Mu Di Sana, Selamat Jalan Romeo, Ketentuan, Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu dan banyak lagi. 

Umur Kemasukan:
6 tahun ke atas.
Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tiket: Harga tidak termasuk bayaran tempahan ejen. Masukan ke tempat-tempat persembahan dibolehkan kepada penonton yang mempunyai tiket yang dibeli melalui ejen tikey yang sah sahaja. Baca tentang tiket atau periksa soal jawab (FAQ) kami.

Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.

Sila kekal berwaspada dengan ancaman penipuan pancingan data yang kian meningkat. Gunakan saluran tiket rasmi seperti Esplanade.com atau Sistic.com.sg dan periksa bahawa anda melayari laman web yang sah sebelum  anda log masuk untuk menempah tiket.
Tarikh & Masa

1 Jan 2024, Isnin

8pm

Dewan Konsert Esplanade
Tiket & Harga
Standard

Pelajar, Anggota Perkhidmatan Negara,
Warga Emas (Terhad)

PWDs
(Terhad)
Cat 1 $75 - $28
Cat 2 $55 $45 $28
Cat 3 $35 $28 $28

Harga khas untuk ahli Esplanade&Me

Early Bird (23 – 29 Nov 2023, tiket terhad)
Kad Hitam: jimat 20%
Kad Putih: jimat 15%
Discover: jimat 15% (Min. 2 tiket)

 

 

Dari 30 Nov 2023, 10am
Kad Hitam: jimat 15% savings
Kad Putih: jimat 10% savings
Discover: jimat 10% savings (Min. 2 tiket)

 

Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.

Not a member? Sign up for free!

Temu Ramah (selepas persembahan) untuk Cat 1 tiket + autograf poster: $95

MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.