Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

Cipta Cita Special curated by Art Fazil

Ash Senipunk, Rahmat Damansari, Diana Saad, Tentang Langit (Singapura)

8 Sep 2023, Jumaat, 7.15pm & 8.15pm

9 Sep 2023, Sabtu, 7.15pm & 8.15pm

30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Ruang Legar

Acara ini telah berlalu

Tentang Acara

Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan irama terbaru daripada seniman yang bakal menempa nama dalam industri muzik Melayu, dipilih oleh penyanyi dan penulis lagu, Art Fazil, yang mencipta dan menyusun senarai program pertama Cipta Cita pada 2014.

Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Art Fazil

Facebook | Instagram | Custom

Penyanyi dan penulis lagu, Art Fazil, mula kerjayanya menulis lagu dan lirik untuk seniman rakaman Singapura dan Malaysia seperti Ella, Ramli Sarip, A Romzie, Ruhil, Khatijah Ibrahim dan Lefthanded. Art Fazil juga dikenali dengan karyanya bersama kumpulan rakyat yang beliau asas bersama yang dikenali sebagai Rausyanfikir, di mana album kumpulan itu meraih penjualan sebanyak 50,000 unit pada tahun 1990-an.. 

 

Selain dua album Rausyanfikir, Art merakamkan sebuah album solo di England dengan sebuah syarikat rakaman Jepun, Pony Canyon. Lagu daripada album itu, Sometimes When I Feel Blue, menduduki nombor dua di carta radio Singapura selama tiga minggu berturut-turut. Ia juga dianugerahkan Lagu Pop Inggeris Setempat Terbaik pada 1995 di Anugerah COMPASS.

 

Pada 2000, Art menghasilkan album Nur (Cahaya). Ia menerima tujuh pencalonan di Anugerah Planet Music Mediacorp 2001 dan memenangi empat kategori. Seorang alumni Sekolah Guildhall Muzik dan Drama di London, beliau telah membuat persembahan di Pusat South Bank di London dan bersama M. Nasir di Teater Ambassador di Dublin, Ireland.

Ash SeniPunk

Instagram | Custom

Ash SeniPunk memainkan punk rakyat dan punk akustik. Beliau adalah pemuzik berdikari daripada sub-budaya skinhead. Beliau memainkan muzik bawah tanah daripada metal kepada rok punk dan telah terlibat dalam muzik sejak usianya 16 tahun apabila beliau mula menjadi seorang pemain dram. Selepas mempelajari gitar daripada kawan-kawannya, Sha Zombie dan Acap, beliau mula menggubah dan menulis muzik sendiri mulai 2019. Beliau telah menghasilkan sendiri dua album punk rakyat, Sandiwara Dunia (2020) dan Intipati Perjuanganku (2022). PositiveXYouth Records, label bawah tanah dari Malaysia, membantu mengeluarkan dua album dalam format CD pada 2023. Beliau harap dapat terus bermain muzik dan menghasilkan lagu.

Rahmat Damansari

Instagram

Dilahirkan pada 2001 di Singapura, pengaruh muzik Rahmat Damansari menjangkau usia. Dari proto-rok'n'roll Elvis Presley dan Raja Pop, Michael Jackson kepada irama lebih kontemporari daripada bekas anggota One Direction, ZAYN, The Weeknd dan Drake. Vokal Rahmat juga dapat menambat hati pendengar. Rahmat juga menulis, menerbit dan mengadun dan menghasilkan hampir semua lagunya di studio rumahnya. Beliau berharap orang ramai dapat memahami muziknya yang jujur. Beliau juga tidak menumpu pada satu jenis genre muzik sahaja dan menerapkan pelbagai stail dan genre tetapi unik dengan identiti Rahmat. Sejak mengeluarkan single pertamanya, You & Me, dalam bahasa Inggeris dan Melayu, beliau telah bermain di pelbagai festival seperti Festival Muzik Sultan Gate dan StereoFest pada masa akan datang. 

 

Rahmat Damansari telah diumumkan sebagai juara pertandingan peringkat akhir StereoSearch 2019 yang diadakan di Pusat Konvensyen Suntec City. Tahun 2019 merupakan tahun positif dan progresif baginya. Pada 2021, label rakaman Malaysia, Seventeen Eleven Music, menandatanganinya. Beliau merupakan salah seorang seniman yang bakal menempa nama di bawah label itu di sisi seniman terkenal seperti Siti Nordiana dan Khai Bahar.

 

Single baru Rahmat, Hanya Satu, kini sudah dikeluarkan. Beliau kini sedang mengusahakan projek baru.

Diana Saad

Facebook | Instagram | TikTok

Diana Nightingale adalah seorang busker dan penyanyi dan penulis lagu. Diana meminati muzik dan suka melahirkan fikiran dan perasaannya menerusi lagu. Salah satu lagunya, Bonekaku Hilang, memenangi tempat pertama di pertandingan penulisan lagu setempat, Projek Rentak 2014 dan telah mewakili Singapura di Festival Lagu Radio ABU 2014 di Sri Lanka, Colombo. Beliau juga baru memenangi pertandingan penulisan lagu di saluran Suria, Projek Lagu 2021, bagi lagu Berbisik Rindu yang beliau menulis bersama seorang lagi penulis lagu, Aqmal N dan lagu itu telah terpilih untuk peringkat suku akhir.

Tentang Langit

Instagram

Berpangkalan di kesibukan metropolis Singapura, perjalanan muzik Tentang Langit mula pada 2018. Di dunia, di mana perkara benar dan biasa sering tidak kelihatan, Tentang Langit menjadikannya bahan untuk mencipta kisah-kisah artistik. Melodi indahnya memaparkan kehidupan harian, memaparkan kerumitan hidup di sebalik latar belakang bandar unik kita. Muzik Tentang Langit menggabungkan nota-nota dengan pengaruh rakyat dan jiwa. Menerusi gubahan muzik yang menjiwakan, beliau mencipta naratif lirik dan menyelami kisah realiti, mengundang pendengar untuk berhubung dengan rentak kehidupan mereka sepertimana dipaparkan dalam karya pertama mereka, Tinjau Belukar, keluaran Gerhana Records pada 2021.

Tarikh & Masa

8 Sep 2023, Jumaat

7.15pm

Ruang Legar

8.15pm

Ruang Legar

9 Sep 2023, Sabtu

7.15pm

Ruang Legar

8.15pm

Ruang Legar
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.