Apakah yang sanggup digadaikan untuk mencapai keinginannya?
Menyusuli persembahan yang diiktiraf antarabangsa, Setan Jawa — dimana tiket habis dijual untuk tayangan di Esplanade — pengarah Indonesia yang dihormati, Garin Nugroho, kembali untuk tayangan perdana dunia bagi Samsara, satu pengalaman sinematik menakjubkan yang menggabungkan filem bersama muzik yang dimainkan secara langsung.
Samsara mengisahkan seorang lelaki yang tidak mendapat restu daripada keluarga wanita yang dicintainya kerana perbezaan darjat. Beliau membuat pesugihan dengan Raja Monyet tetapi dalam proses itu, menjebak isteri dan anaknya ke dalam kancah penderitaan. Berakar umbi dalam mistik Indonesia, kisah ini merupakan naratif universal tentang ketamakan manusia yang tidak pernah puas dan batas yang sanggup dilanggar untuk mencapai keinginannya.
Seperti persembahan Setan Jawa, Samsara adalah sebuah “konsert-pawagam” yang diilhamkan daripada filem hitam putih German pada tahun 1920-an serta wayang kulit (boneka bayang tradisional Indonesia). Sementara Setan Jawa memaparkan filem senyap menggugah yang diiringi dengan muzik gamelan dan orkestra klasikal Barat. Samsara menggantikan orkestra dengan muzik elektronik rancak yang dimainkan secara langsung. Penerbitan ini menggabungkan skap bunyi elektronik dengan elemen persembahan tradisional Bali seperti orkestra gamelan, tarian tradisional, topeng dan wayang kulit. Samsara dibintangi dua bakat pentas dan filem hebat di Asia Pasifik, penari Indonesia-Australia, Juliet Widyasari Burnett, dan pelakon filem Indonesia, Ario Bayu.
Di bawah pimpinan berani dan berwawasan Garin Nugroho dan karya luar biasa sebuah pasukan kreatif, Samsara menjanjikan satu pengalaman sinematik berani dan tidak dapat dilupakan, menyatukan aneka bentuk seni, nuansa dan tradisi Indonesia dahulu dan sekarang.
Kredit Penerbitan
Pelakon utama: Ario Bayu & Juliet Widyasari Burnett
Pelakon sokongan: Gus Bang Sada, Valentine Payen-Wicaksono, Siko Setyanto, I Wayan Wira Kusuma, Aryani Willems & Cok Sawitri
Pengarah: Garin Nugroho
Penggubah muzik: Wayan Sudirana & Gabber Modus Operandi
Pemuzik: Gabber Modus Operandi & Gamelan Yuganada
Diselenggarakan oleh Esplanade – Teater di Persisiran
Terbitan Cineria Films, Garin Workshop & Lynx Films
Disokong Kementerian Budaya, Penyelidikan dan Teknologi Republik Indonesia dan Yayasan Puri Kauhan Ubud
Terbitan Cineria Films, Garin Workshop & Lynx Films
Disokong Kementerian Budaya, Penyelidikan dan Teknologi Republik Indonesia dan Yayasan Puri Kauhan Ubud
Penerbit: Gita Fara & Aldo Swastia
Penerbit Eksekutif: Ario Bayu & Rob O’Hare
Penerbit Penyelia: Jala Adolphus
Koreografer: Ida Ayu Wayan Arya Satyani
Pengarah Fotografi: Batara Goempar
Pereka Kostum: Retno Ratih Damayanti
Pereka Penerbitan: Vida Sylvia
Pereka Pentas: Iskandar Loedin
Pereka dan Perakam Bunyi: Trisno
Penyunting: Beck
Penerbit Bersama: Rai Pendet, Batara Goempar
Penerbit Operasi dan Logistik: Ineke Bajalaras