Dipersembahkan oleh Esplanade

Penceritaan

Malam Seram Lagi Seram

18 Mei 2023, Khamis, 8pm

19 Mei 2023, Jumaat, 8pm & 10.30pm

1jam 30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Studio Annex Esplanade

Sold Out

Tentang Acara

Seorang wanita misteri yang kelihatan serba putih, jin dari alam ghaib…Malam Seram yang dinanti-nantikan kembali, kali ini lagi seram! Personaliti radio dan podcast yang dikenali ramai, KC Champion pulang ke pentas dengan Malam Seram di Pesta Raya, memaparkan kisah-kisah lebih seram tentang alam ghaib. Berupaya menarik jumlah penonton yang luar biasa dengan penceritaannya yang menyeramkan di Esplanade Concourse sebelum ini, KC Champion memperbaiki lagi seni penceritaannya di Studio Anex Esplanade, dengan adanya set, bunyi, media visual dan watak-watak lebih baik di edisi Malam Seram tahun ini. Mengasyik dan menyeramkan, kisah-kisah seram yang ditulis oleh KC sendiri bukan sahaja menakutkan, tetapi anda pasti ingin mendengar lebih banyak cerita!

Nasihat:
Tempat duduk di lantai, dengan beberapa kerusi akan disediakan berdasarkan siapa datang awal, dilayani terlebih dahulu.
Umur Kemasukan:
13 tahun ke atas.
Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tiket: Harga tidak termasuk bayaran tempahan ejen. Masukan ke tempat-tempat persembahan dibolehkan kepada penonton yang mempunyai tiket yang dibeli melalui ejen tikey yang sah sahaja. Baca tentang tiket atau periksa soal jawab (FAQ) kami.

Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.

Sila kekal berwaspada dengan ancaman penipuan pancingan data yang kian meningkat. Gunakan saluran tiket rasmi seperti Esplanade.com atau Sistic.com.sg dan periksa bahawa anda melayari laman web yang sah sebelum  anda log masuk untuk menempah tiket.
Tentang Artis

KC Champion

KC Champion tidak perlu diperkenalkan pada para peminatnya yang menggemari kisah seram di rantau ini, terutama di Singapura dan Malaysia. Walaupun saluran YouTube utama beliau, Malam Seram, mengisahkan semua cerita seram, persembahan bual bicaranya sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana peminatnya terdiri daripada pelbagai usia termasuk kanak-kanak sekecil pra-sekolah. Penonton KC juga kagum melihat penyampaian beliau yang mesra dan mudah difahami serta kreativiti dan pertuturannya dalam bahasa Melayu.

 

Populariti KC Champion dapat dilihat menerusi jumlah pengikut dan langganannya dengan sejauh ini, seramai hampir 300,000 pengikut di YouTube, 214,000 pengikut melalui laman Facebook dan 59.5 ribu pengikut di Instagram.

Tarikh & Masa

18 Mei 2023, Khamis

8pm

Studio Annex Esplanade

19 Mei 2023, Jumaat

8pm

Studio Annex Esplanade

10.30pm

Studio Annex Esplanade
Tiket & Harga
Standard Pelajar, anggota Perkhidmatan Negara,
Warga Emas dan PWDs (Terhad)
Harga $38 $30

Esplanade&Me Specials

Early Bird (16 – 26 Mar 2023, limited tickets)
Black: 20% savings
White: 15% savings
Discover: 15% savings (Min. of 2 tickets)


From 27 Mar 2023, 9am
Black: 15% savings  
White: 10% savings
Discover: 10% savings (Min. of 2 tickets, limited tickets)

 

Applicable to Standard tickets only. Terms and Conditions apply.

MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.