Dipersembahkan oleh Esplanade

Tarian

Lenggang Raya

Jiwa Geloreez and P7:1SMA (Singapore)

20 Mei 2023, Sabtu, 6pm

21 Mei 2023, Ahad, 6pm

30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Esplanade Lawn

Acara ini telah berlalu

not cache
Tentang Acara

‘Lenggang’ bermaksud berjalan dengan lemah-lembut dan secara santai dengan tangan berayun. Persembahan tarian Melayu oleh Montfort Care Goodlife! Bedok menawarkan kesihatan dan kesejahteraan yang dibayangkan semula. Menghala kepada tarian secara beramai-ramai, mereka akan menggunakan gerakan untuk berkongsi kisah-kisah peribadi semasa Hari Raya, dan membina hubungan menerusi empati.

 

Kesejahteraan merupakan proses aktif, di mana orang kian sedar dan membuat pilihan menuju kewujudan yang bermakna. Mengembang pada motif gerakan tarian Melayu, ‘lenggang’ yang merujuk pada ayunan tangan yang lembut semasa berjalan, motif ini menawarkan cara berkesan dan simbolik untuk menjaga satu sama lain.

 

Seniman terlibat:
Hasyimah Harith (P7:1SMA)

 

Montfort Care Goodlife! Bedok:
Mazni Binte Kaswani
Sazlinah Bte Haron
Amraini Bte Yaakob
Faridah Binte Rahmat
Samia Binte Mahmood
Halimah Bt Awang
Esah Binti Mahmood
Arfah Binte Bujang

 

Pengurus projek: Nur Arianty Djonaede Penulis: Dia Hakim Khaeri

Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Hasyimah Harith

Hasyimah Harith Website | P7:1SMA Website

Harith adalah seniman wanita Melayu/Islam dalam tarian rakyat Melayu. Beliau menari, mencipta koreografi dan mengajar repertoir tarian Melayu. Menggunakan tubuhnya sebagai titik permulaan, Hasyimah bekerja dengan identiti Melayu dan seksualiti kewanitaan untuk menuntut semula tubuhnya. Cara bekerjanya melibatnya strategi seperti kelemahan, kesenangan dan pengakuan. Beliau percaya pada kuasa tubuh untuk menghadapi dan mengatasi rasa malu yang seringkali dikaitkan dengan seksualiti wanita. Beliau memperjuangkan amalan berasaskan masyarakat yang menarik perhatian untuk mencipta sama dan perpaduan dalam hubungan.

 

Hasyimah juga adalah seorang pendidik seni visual dan pengurus syarikat P7:1SMA, sebuah syarikat tarian yang ditubuhkan pada 2016 yang menggunakan tarian untuk menghadapi dan membayang semula hubungan individu Melayu pada identiti mereka.

Tarikh & Masa

20 Mei 2023, Sabtu

6pm

Esplanade Lawn

21 Mei 2023, Ahad

6pm

Esplanade Lawn
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.