“Di kalangan pemuzik berdikari, Efek Rumah Kaca telah membina nama untuk diri mereka. Muzik mereka bukan sahaja telah mengembara di Indonesia, tetapi juga di beberapa negara jiran yang lain, menunjukkan Indonesia boleh berbangga dengan pemuzik indie mereka.” – CNN Indonesia
Band indie Indonesia yang dikenali, Efek Rumah Kaca, kembali ke Singapura selepas 13 tahun, menjanjikan satu lagi persembahan rancak dan boleh diingati secara langsung. Efek Kaca Rumah yang diterjemahkan daripada istilah “Greenhouse Effect”, menjadi terkenal dengan album bertajuk sendiri, serta keluaran susulannya, Kamar Gelap dan Sinestesia. Band rok alternatif dengan kesan pop ini dikenali dengan lirik satira dan menimbulkan pemikiran tentang politik dan masyarakat, diiringi dengan melodi menarik dan susunan orkestra. Bunyinya unik menerusi suara penyanyi utama dan pemain gitar, Cholil Mahmud, dengan vokal yang murni dan menghantui dengan setiap rekod. Di sebalik sifat muzik dan lirik yang suram, persembahan secara langsung mereka penuh dengan tenaga, hasil daripada peminat setia mereka yang akan menyanyi sama setiap lagu.
Pada Januari 2023, band ini mengeluarkan album Rimpang, keluaran penuh pertama ereka sejak Jalan Enam Tiga pada 2020. Dipersembahkan oleh barisan anggota asli, Efek Rumah Kaca, kini bersedia mengisi Dewan Konsert Esplanade dengan diskografi luas mereka, termasuk bahan-bahan daripada album terbaru di samping lagu-lagu kegemaran peminat seperti Desember, Sebelah Mata dan Cinta Melalu.