NOW 7.30pm – 9pm
More than Music presents DUOS

Studio Resital

NOW 7.30pm – 9pm
More than Music presents DUOS

Studio Resital

NOW 8pm – 9.30pm
THE TAO -夢幻響- THE DREAM

Teater Esplanade

NOW 8pm – 11pm
The Motive and the Cue (Screening)

Teater Dermaga Singtel di Esplanade

8.30pm – 9.15pm
Darryl Ervin Quartet

Ruang Legar

8.45pm – 9.45pm
Jazz in July X Sapporo City Jazz: Kazutoshi Sohta Quintet

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

10.15pm – 11pm
Stage Jam

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

Balada Bayangan Di Latar Langgit

Akid Amir & Syed Ahmad x FLQ (Singapura & Malaysia)

20 Mei 2023, Sabtu, 7pm, 8.15pm & 9.30pm

Sila periksa tarikh dan masa untuk butiran lanjut

45minit

(Waktu rehat: Tiada)

Esplanade Outdoor Theatre & Online

Acara ini telah berlalu

Tentang Acara

Satu gabungan antara penyanyi Akid Amir, Syed Ahmad dan seniman pop bandar dari Malaysia, FLQ, mereka akan mendendangkan penonton dengan alunan kehidupan bandar dan cinta dalam sintesis sonik pop bandar, R&B, hip hop, indie dan jiwa Melayu.

 

Nikmati rasa romantis daripada era zaman lalu dengan gelombang psikedelik dan irama menyenangkan, mengimbas kenangan lama yang tidak boleh dilupakan seperti surat yang sudah koyak dan gambar-gambar filem yang sudah pudar.

 

Turut memaparkan Sappy Chill dan kawan-kawan.

 

7pm: feat. FLQ

 

8.15pm: feat. Akid Amir & Syed Ahmad

 

9.30pm: Akid Amir & Syed Ahmad x FLQ

Bahasa: Inggeris, Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Akid Amir & Syed Ahmad x FLQ

FLQ

FLQ aka Faliq, adalah seorang seniman pop synth dalam bilik dan penerbit dari Malaysia. Keluaran debut FLQ, Untuk Kau, adalah album yang diterbitkan sendiri dengan gabungan bersama pelbagai bakat setempat. Album tersebut memaparkan bunyi dan stail dengan pengaruh daripada pop bandar dan pop nostalgia tahun 1980-an. Kandungan utama album adalah sambungan daripada karya-karya Faliq yang beliau terbit sendiri tetapi dengan suara berlainan.

 

Album ini awalnya mula pra-penerbitan semasa tempoh penutupan dan penyekatan pandemik. Terpencil daripada dunia, Faliq menemui suara baru apabila beliau melakukan projek terbarunya.

 

Mengambil inspirasi daripada pop bandar dari Indonesia dan Jepun pada tahun 1980-an, FLQ mencipta bunyi sendiri menerusi tujuh trak asli yang beliau gubah dan terbit sendiri, memaparkan generasi pemuzik berbakat yang beliau gabung bersama seperti Hullera, Dian, Acap LOKO, Pi'e Ramayan, EJ Safari, and Lola.

 

Untuk Kau menyampaikan tema-tema sayu semasa berputus cinta. Setiap lagu meromantisasikan penafian, kemarahan, tawar-menawar, kemurungan dan penerimaan tetapi dengan penuh semangat.

 

FLQ merupakan artis bersama label rakaman berdikari milik penyanyi Yuna, Yuna Room Records.

 

Single pertama FLQ, Menari Dalam Memori memaparkan Acap LOKO dan Dian, telah dihasilkan pada Disember 2022, dan album debut beliau dihasilkan pada Mac 2023.

 

Sappy Chill

Terdiri daripada empat anggota, Sappy Chill telah membuat persembahan secara individu dalam band dan kolektif lain selama bertahun-tahun. Kini, sebagai satu unit, mereka sentiasa mencari jalan baru untuk menggembirakan pendengar mereka dengan irama sayu tetapi dengan sentuhan komedi.

 

Syed Ahmad

Syed Ahmad telah menerajui Bloco Singapura selama melebihi sedekad, menumpukan pada perkongsian minat dan pengetahuannya tentang rentak Brazil dan Carnaval. Pengetahuannya tentang budaya dan etnomusikologi Brazil telah membawa Syed Ahmad ke pelbagai acara-acara muzik terkemuka termasuk Carnival! Marina Barrage dan Festival Muzik Sonic Spree. Bloco Singapura juga telah membuat persembahan di pelbagai festival muzik dan acara-acara samba di Singapura dan antarabangsa.

 

Selain karyanya dalam muzik Brazil, Syed Ahmad juga adalah seorang penerbit studio, pengarah artistik dan muzik, penggubah lagu dan koreografer. Sebagai pemuzik setempat yang berpengalaman, Syed Ahmad adalah separuh daripada lagenda indie Singapura, The Stoned Revivals, pemain dram untuk kumpulan Tiramisu, dan ketua label baru Nuri Records, menghasilkan gabungan muzik dan artis eklektik Singapuran yang bertapak di ruang NovoStudio.

 

Syed Ahmad adalah seorang pendidik, mengajar di Kolej Seni Lasalle bagi program diploma dan ijazah. Beliau juga telah bekerjasama dengan pelbagai sekolah-sekolah rendah dan menengah dan institusi pengajian tinggi, menawarkan persembahan, bengkel dan program membina pasukan.

Tarikh & Masa

Siaran Langsung

20 Mei 2023, Sabtu

7pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

8.15pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

8.15pm

Online

9.30pm

Teater Luar DBS Foundation di Esplanade

9.30pm

Online
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.