Muzik

Senandung Nusantara

Permaisuara (Singapura)

2 Mac 2024, Sabtu, 6pm, 7pm & 8pm

30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Esplanade Concourse

Acara ini telah berlalu

Tentang Acara

Sertai Permaisuara dalam penerokaan ke kepulauan Melayu dengan lagu-lagu rakyat yang masyhur. Dari hutan Kalimantan, Indonesia ke puak Batak Toba di Sumatra. Anda pasti akan terpukau dengan persembahan mereka.

Nasihat:

Tempat duduk disediakan berdasarkan siapa datang awal, dilayani terlebih dahulu.

Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

PermaiSuara

Instagram

Ditubuhkan pada tahun 2016 oleh seniman Afi Hanafi dan Megat Firdaus, PermaiSuara adalah sebuah kumpulan penyanyi koir Melayu. Sejak awal penubuhannya, Permaisuara telah tampil di berbagai acara di Esplanade, kelab masyarakat, dan peluncuran Bulan Bahasa Melayu. Himpunan persembahan mereka memuatkan lagu-lagu klasik, tradisional, lagu rakyat dan pop Melayu yang disusun oleh para penyanyi dan pengarah musik. 

Tarikh & Masa

2 Mac 2024, Sabtu

6pm

Ruang Legar

7pm

Ruang Legar

8pm

Ruang Legar
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.