Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

Faizal dan Teman-teman

Mohamed Faizal & Chin Yen Chien (Singapura)

1 Mac 2024, Jumaat, 6pm, 7pm & 8pm

30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Esplanade Concourse

Acara ini telah berlalu

not cache
Tentang Acara

Mengimbau kembali era filem hitam putih, tahun 80-an dan 90-an, Mohamed Faizal dan Chin Yen Chien, akan mendendangkan lagu-lagu Melayu yang nostalgik seperti Gurindam Jiwa, Getaran Jiwa, Widuri, dan kumpulan terkenal seperti Search dan Iklim; menggunakan alat muzik Cina - guzheng dan pipa.

Nasihat:

Tempat duduk disediakan berdasarkan siapa datang awal, dilayani terlebih dahulu.

Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Chin Yen Chien

Chin Yen Chien mula mempelajari alat muzik tradisional Cina, Pipa, seawal usia 10 tahun. Pada tahun 1992, beliau menyertai Pertandingan Muzik Cina dan memenangi hadiah pertama bagi Kategori Intermediate. Pada tahun berikutnya, beliau membawa pulang hadiah pertama kategori 'Intermediate' Pipa dalam Pertandingan Muzik Kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Seni Kebangsaan. Yen Chien telah mewakili Singapura dalam pelbagai acara seni antarabangsa, seperti Hari Peringatan Komanwel Dunia yang diadakan di New Delhi pada tahun 2004; ASEAN Musikal Ekstravaganza di Kuala Lumpur pada tahun 2012; dan Persidangan Antarabangsa SAC Seni Persembahan ASEAN, yang diadakan di Bangkok sempena Ulang Tahun Ke-5 Puteri Maha Chakri Sirindhorn pada September 2015.

Mohamed Faizal

Mohamed Faizal mula bermain guzheng sejak 1999. Dipuji oleh Berita Harian sebagai pemuzik Melayu pertama yang memainkan alat muzik guzheng, Mohamed Faizal tidak hanya memainkan muzik Cina tetapi juga muzik dari etnik lain seperti Melayu, India, Barat, dan Timur Tengah. Penyusunan semula dan gubahan lagunya tidak hanya memukau pendengar tempatan tetapi juga luar negara. Mohamed Faizal juga telah membuat persembahan secara meluas di dalam dan luar negara.

 

Chin Yen Chien dan Mohamed Faizal telah berduet sejak akhir 2020 dan menghasilkan muzik dalam susunan moden. 

Tarikh & Masa

1 Mac 2024, Jumaat

6pm

Ruang Legar

7pm

Ruang Legar

8pm

Ruang Legar
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.