Tarian

Melurut Kenangan – Reminiscing Memories

Azman Shariff, Khaziah Yem, Afiq Syazani (Singapore)

3 Nov 2023, Jumaat, 7pm & 8pm

4 Nov 2023, Sabtu, 7pm & 8pm

5 Nov 2023, Ahad, 7pm & 8pm

30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Ruang Legar

Acara ini telah berlalu

Tentang Acara

Persembahan ini merupakan karya penceritaan yang disusun dengan teliti, menjemput penonton ke dalam dunia Azman di mana beliau menggabungkan kembali kenangan dari masa lalu, muhasabah tentang masa kini, dan merenung untuk masa depan. Dengan bakat muzik anak lelakinya, M. Afiq Syazani, bermain piano dan akordion serta gabungan suara lunak  Cikgu Khaziah Yem, akan menjadikan persembahan ini satu pengalaman deria yang tidak dapat dilupakan. 

Nasihat:
Tempat duduk disediakan berdasarkan siapa datang awal, dilayani terlebih dahulu.
Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tentang Artis

Azman Shariff

Azman Shariff adalah seorang pelakon serba boleh yang mahir dalam pelbagai medium termasuk radio, televisyen, pentas, dan persembahan Bangsawan. Beliau juga telah menyumbangkan suaranya untuk pelbagai projek. Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau telah bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan seni tanahair seperti Teater 2K, Perkumpulan Seni, Anggerik Temasek Bangsawan, Teater Ekamatra, Teater Kami, Majlis Pusat, Taman Warisan Melayu, Sri Warisan Som Said, dan Lembaga Perpustakaan Negara.

 

Beberapa pencapaian menarik beliau baru-baru ini termasuk persembahan dalam Bangsawan Dang Anum untuk Festival Kebudayaan Melayu 2021 bersama Anggerik Temasek Bangsawan. Azman juga telah mengarahkan Bangsawan Puteri Dewi Gemala yang diterbitkan Sriwana di Festival Bangsawan Singapura 2022, dan telah mempengerusikan forum, Syair dalam Bangsawan. Pengalaman-pengalaman ini amat berharga dalam memperluaskan bidang seni beliau.

Khaziah Yem

Khaziah Bte Yem seorang guru Bahasa Melayu yang giat menulis puisi sejak tahun 2012. Beberapa puisi moden dan tradisional beliau telah disiarkan di akhbar dalam dan luar negeri. Beliau juga bergiat bersyair dalam kumpulan Syairpura.

 

Cerpen-cerpen beliau juga telah disiarkan di Berita Harian dan Sabah Times. Beliau telah memenangi peraduan Golden Point Award(2019) yang dianjurkan oleh National Art Council dan memenangi tempat kedua. (puisi) Dalam peraduan menulis Cerpen Kilat (2021), anjuran Unggun Kreatif, beliau memenangi tempat kedua.

 

Sebagai penggiat seni, beliau juga aktif dalam seni teater arahan Encik Nadiputra.

Afiq Syazani

Afiq Syazani adalah seorang pemuzik yang serba boleh. Afiq boleh bermain piano, akordion, dan perkusi dan pernah menampilkan bakatnya dalam beberapa kumpulan muzik seperti  AltoAura, Open Score Project, dan Orkestra Sri Temasek. Selain itu, Afiq turut menyumbang kebolehan muziknya dalam produksi Bangsawan Melayu seperti Nilam Jauhari dan Dewi Gemala yang diterbitkan oleh Sriwana. Selain dari pencapaian muziknya, beliau juga seorang jurulatih yang cekap dan pengarah kreatif. Beliau juga mengendalikan bengkel lakonan serta rekacipta aksesori dan hiasan untuk lebih acara-acara yang punyai tema seram seperti rumah berhantu yang sering diadakan di Politeknik Singapura dan beberapa kelab masyarakat.

Tarikh & Masa

3 Nov 2023, Jumaat

7pm

Ruang Legar

8pm

Ruang Legar

4 Nov 2023, Sabtu

7pm

Ruang Legar

8pm

Ruang Legar

5 Nov 2023, Ahad

7pm

Ruang Legar

8pm

Ruang Legar
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.